Saturday, February 6, 2016

Rintik hujan petang

Teks: Masayu Ahmad

Baca asas persediaan ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Jam 5.09 hujan di luar berjemaah merintik. Alhamdulillah, Cuti panjang sudah bermula. Kami di sini tidak ke mana-mana. Di saat jalanraya sesak, saya lebih suka memilih menyelesaikan tugasan penulisan.

Arif ada kem pengawas di sekolah. Ammar dan Arissa seperti biasa bermain bersama.

Masak nasi dan buat sekali menu petang mee kari.
Perjalanan dan perjuangan masih panjang, sasaran 30 manuskrip perlu saya selesaikan dahulu. Insya-Allah. Lima lagi cover ebook sedang dibuat.


Alhamdulillah atas ilham yang tidak pernah putus, Terus mengalir.

Sebenarnya lagi beberapa bulan insya-Allah akan menerima lagi kehadiran orang baru. Keadaan begini saya lebih suka memerap di rumah.

Mahu kata teruja tidak juga, ingatkan sudah selesai tugas hamil lima orang sudah cukup. Aduhai-aduhai Allah berikan lagi peluang seorang lagi.

Saya pun seperti percaya dan tidak sahaja. Alahan yang teruka juga bulan pertama hingga bulan ke tiga. Bersambung pula dengan keadaan dua mertua.

Bulan seterusnya barulah saya melepaskan penat seketika.

Benarlah hidup di dunia bukan tempat bersenang-lenang tetapi tempat berpenat lelah. Moga segala apa yang kita perjuangkan mendapat restu Illahi dan hidup dalam keberkatan.


Ada dua kotak baju bayi yang belum saya sudahkan. Saya hanya melihat dengan pandangan kosong. Pandangan bila agaknya tangan ini mahu saring baju-baju comel itu basuh sekali lagi dan letak pada sudut 'bersedia'.

Kali ini saya memilih banyak untuk berehat dan mahu menyelesaikan manuskrip.

Selalu saya panjatkan doa ke hadrat Illahi, ya Allah permudahkan apa sahaja urusan di hadapan. Permudahkan kelahiran dan zuriat ini.

Sesungguhnya Ya ALlah, tidak ada upaya menolak akan amanah ini, namun berikan kekuatan terbaik agar aku mampu mengasuh dan mendidik anak-anak dengan terbaik.

Amanah ini juga Ya Allah sangat berat untuk dibawa. Tetapi itulah selagi mana kita manusia perlu lunaskan amanah di depan ini dengan sebaiknya.

Doakan saya ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin