Monday, October 12, 2015

Menjahit sambil jaga lima orang anak



Inspirasi Tukang Jahit 1
Cabaran saya sepanjang dunia jahitan sewaktu tidak ada modal untuk memulakan bisnes. Saya bekerja seorang diri tanpa ada orang membantu, sambil menjaga 5 orang anak. Tetapi saya yakin Allah sentiasa bersama saya, suami sibuk dengan kerjanya tidak ada masa untuk membantu.
Untuk mendapatkan modal pun sendirian mengendung anak kecil ke sana dan ke sini untuk mendapat tandatangan dan surat sokongan.
Alhamdulillah besyukur Allah permudahkan. Saya bangga dengan apa yang saya usahakan walaupun keseorangan. Kini saya dapat kecapi hasilnya walaupun tidak seberapa. Selain itu juga saya pernah berhadapan dengan pelanggan yang sangat cerewet.
Tetapi saya anggap itu sebagai proses belajar bukan menyusahkan. Allah sudah aturkan yang terbaik walaupun Nampak menyusahkan tetapi ada hikmah di sebaliknya.
Perkara yang paling membanggakan saya apabila pelanggan berpuas hati dengan tempahan dan dapat menyiapkan tepat masa. Semuanya dengan izin Allah kerana bagi saya itu amanah. Saya berusaha semampu, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah.
Cabaran
Jangan menganggap segala cabaran sebagai menyusahkan, buat dengan hati yang ikhlas. Anggaplah kita sedang mengutip pahala. Atus masa sebaik-baiknya. Sentiasa mohon dipermudahkan urusan.
Setiap kali memulakan tugas saya sentiasa mengamalkan 3 perkara
1. Sedekah.
2. Al-Fatihah kepada ke dua orang tua dan mertua.
3. Baca ayat seribu dinar dan mulakan denga bismillah serta sambil menjahit itu saya pasang note book, sambil mendengar alunan surah al waqiah, surah yassin, surah al mulk, surah Kahf.
Sejak dahulu itulah amalan saya sehingga sekarang. Alhamdulillah saya sudah dapat hafal surah tersebut dengan izin Allah.
Alhamdulillah sekarang saya ada ramai pelanggan dari pelbagai bangsa. Sudah dapat poduk jenama sendiri. Mesin semua jenis pun ada.


1 comment:

MOMMYLIN said...

Alhamdulillah.... Tahniah sis

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin