Sunday, September 20, 2015

Apa matlamat 2016?

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih dan sayang, alhamdulillah, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. Tuhan sekalian makhluk tidak ada upaya melainkan tidak terbendung nikmat yang diperolehi setiap hari.

Saya kira segala matlamat untuk 2015 ini sudah pun tercapai, sekarang saya sedang bekerja untuk matlamat 2016. Insya-Allah.

Salah satu matlamat utamanya adalah 10 buku fikikal saya akan usahakan terbit, sama ada melalui Grup Buku Karangkraf dan juga terbitan di bawah ABDR. Insya-Allah.

Dan juga kami ABDR bergabung 2000 blog dan terus sebagai perintis dan polupor untuk ibu-ibu yang mahu berada dalam kumpulan surirumah berpendapatan.

Dalam fasa 2016 ini fokus saya mahu membantu lebih ramai ibu-ibu zero hutang. Dengan kata lain bebas hutang ada simpanan dan pendapatan. Jadi berada di rumah dan mampu menghidupkan kembali peranan ibu dan isteri sebagai surirumah yang sebenar.

Dalam kata lain, kita boleh berpagi dan menikmati hari sementara menunggu kematian dan beralih ke alam barzakh. Inilah ladang kita yang paling perlu diusahakan dari sekarang.

Tidak ada upaya melainkan syukur atas segala nikmat dan rahmat.

Doakan saya ya, doakan semoga lebih ramai zero hutang dan memegang status surirumah berpendapatan walau hanya di rumah.

Doakan agar 10 buku fizikal akan terbit. Doa kalian sangat saya hargai ;D

Baca asas persediaan di sini www.janawangdirumah.com

Baca lagi lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Baca perkongsian saya setiap minggu di Majalah Mingguan Wanita ya ;D



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin