Friday, May 15, 2015

Tekad dalam membuat keputusan

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib www.janawangdirumah.com

Baca lebih banyak rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamulaikum w.b.t

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk. Tuhan pemberi rezeki dari langit dan bumi.

"Bagaiman bekerja sendiri? Seronok tak? Pendapatan pula bagaimana?

"Dia sudah tepu."

Satu soalan ditanya dan satu lagi dijawab. Saya hanya senyum dan jawapan di dalam hati, rezeki itu adalah hak milik Allah taala. Alhamdulillah sejak saya berhenti tidak pernah lagi kami kebuluran. Tidak pernah lagi anak-anak kelaparan.

Kadangkala, pernah satu ketika saya menangis apabila menekan mesin wang. Lalu ia mengeluarkan kertas yang kita panggil wang.

Begitu juga dengan sapaan anak-anak. Terutama Aiman.

"Ibu pergilah mesin wang, kemudian ibu picit-picit lalu keluar duit."

SubhanaAllah, tidak terjangkau dek akal fikiran melainkan semua ini kita letak tali pergantungan kepada Allah.

Tepu

Bagaiman kita mahu tahu kita sudah tepu. Yakni kita tidak kisah dan tidak ada lagi keluh kesah. Melainkan kita hanya berusaha setiap hari dan meletakkan tawakkal rezeki kepada Allah.

Anak-anak masih bersekolah seperti biasa, malah pemberian bulanan kepada ayah juga saya gandakan seperti dahulu. Iaitu saya pastikan setiap minggu ayah ada gaji. Bukankah itu nikmat, apabila kita masih bersantai di rumah tetapi masih boleh menghulurkan wang kepada orang tua.

2015

Tahun 2015 ini adalah saya lebih menumpukan tenaga mental dan fizikal lebih banyak menyiapkan manuskrip. Ya, saya sangat ketinggalan jauh, namun ia adalah sangat tebal di hati saya kemahuan lebih banyak buku rujukan buat surirumah. Sama ada di rak kedai buku dan juga di kediaman mana-mana suri yang mahu sama bersama saya.

Dalam perjalanan ini alhamdulillah sudah berukhwah dengan lebih 4 angka surirumah yang bergabung di bawah pasukan dan jemaah ABDR. Saya tidak pernah terfikir akan hal ini. Begitulah nikmat yang ALlah berikan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin