Monday, November 10, 2014

10 sebab mahu bisnes online

Teks: Masayu Ahmad


1. Boleh mula bila-bila masa.

Sangat penting apabila kita mahu memulakan bisnes kita perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk bermula. Bisnes offline ataupun mempunyai kedai fizikal adalah lebih banyak perancangan yang perlu dibuat. Ini kerana ia melibatkan kos yang besar berdasarkan apa jenis model bisnes yang kita pilih. Bisnes online kita boleh bermula bila-bila masa yang kita suka, kerana ia adalah satu cara untuk kita belajar. Belajar dari asas sebelum kita boleh menguasai setiap fasa perkembangan bisnes. Selagi kita tidak bermula, selagi itulah kita tidak tahu bisnes online ini sesuai atau tidak.

2. Sesuai untuk surirumah.
Ada banyak beza surirumah dan suri yang bekerjaya. Ada surirumah yang tidak ada asas dan tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ada juga suri yang bekerjaya yang tidak ada pengetahuan dan kemahiran dalam dunia online. Jadi kategori 'dua suri' ini perlu belajar dari asas. Iaitu asas bagaimana boleh memulakan bisnes online dengan modal minima. Belajar transaksi online, belajar berurusniaga dengan pembekal dan juga pelanggan. Sudah tentu bisnes online sesuai untuk suri yang tidak mahu keluar dari rumah. Tinggal sahaja lagi kemahiran ini perlu diasah dan belajar secara berperingkat.


3. Biasakan dengan menggunakan modal yang minima

Ada banyak kes yang saya terima sama ada melalui perkongsian mahupun email yang dikirim pembaca. Salah satunya ada suri yang sudah mengeluarkan modal sehingga berpuluh atau belas ribu untuk memulakan bisnes. Mengeluarkan produk tanpa tahu siapakan pelanggan yang ingin membeli produk tersebut. Inilah maksudnya 'terbakar tangan' atau 'modal' hangus apabila produk itu tidak bergerak dan ia menyebabkan 'modal' juga menjadi beku. Satu pengajaran di sini ialah, sekiranya kita belum ada pengalaman, boleh belajar dahulu dengan menggusahakan secara sambilan. Sekiranya kita bermula dengan program 'dropship' maka ia salah satu cara selamat untuk kita mengembangkan bisnes. Pertamanya kita tidak perlu menyimpan stok, yang ke dua kita mencari sekurangnya 500 pelanggan yang pertama. Apabila sudah mahir menguruskan pelanggan barulah kita belajar pula mengambil stok yang sudah sedia ada pelanggan. Itu lebih berbaloi dan rendah risiko.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin