Friday, October 17, 2014

Terapi buat surirumah

Teks: Masayu Ahmad


www.janawangdirumah.com, baca naskah wajib ini dahulu.


Alhamdulillah, oleh kerana beberapa hari ini gangguan pada komputer riba Lenovo. Maka semalam terpaksa mencari yang baru untuk kelancaran tugas. Minggu ini masih membuat penambahbaikkan untuk ebook Rahsia Khdimat Pelanggan Online.


Baik harga istimewa ini hanya kepada 50 pembeli pertama sahaja. Saya tambah satu lagi ebook bonus. Panduan asas untuk mereka yang sangat baru dan sangat tidak tahu untuk bermula dari mana. Asas ini saya berikan sebagai bonus kepada pembeli ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online.


Hari Jumaat 17.10.2014.


Saya masih lagi tekun menyiapkan manuskrip demi manuskrip. Juga Alhamdulillah kelas offline khusus untuk mereka yang berada di Kelantan saya sudah usahakan sejak beberapa bulan yang lepas. Kelas ini istimewanya, perlu daftar dahulu ya, kerana masa saya sangat terhad. Kebanyakan masa adalah untuk menulis. Hubungi saya dahulu untuk pendaftaran.


Untuk kelas online kami menerima pendaftaran baru setiap hari. ;)




Berbalik kepada tajuk di atas. Semalam dalam grup yang kebanyakan adalah usahawan, ibu bekerja dan surirumah. Satu topik yang disentuh adalah terapi. Bahasa mudahnya bagaimana kita mahu bebas dari stress.


Kita perlu sayang kepada diri sendiri dahulu kerana kita ada banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan.


Bermula celik mata sudah banyak tugasa menanti. Saya melihat diri saya sendiri. Kalau boleh indahnya bangun pagi mahu sambung semula tidur. Itu kalau boleh. Tambah pula cuaca sejuk dan redup, memang seronok habis.


Hari minggu begini, Hakim dan Arif. Acu ibu baru mahu masuk dapur sudah minta laporan menu apa untuk hari ini. Hai lah anak.


"Ibu apa sarapan kita hari ini."


"Nasi lemak."


"Horei." Sambut Arif gembira.


Nasi lemak, telur rebus, sambal ikan bilis. Nasi perlu masak dua kali ganda hari biasa. Arif dan Hakim selera anak bujang yang semakin meningkat naik. Makan berulang. Tambah pula dengan milo pekat panas atau teh o bujang.


Masaklah apa pun.


Baru selesai bertukang di dapur. Ammar sudah jauh mengilai mahukan susu. Hehe, baru mahu dudukkan. Baik sambung baring kejap menyusu Ammar. Sudah kenyang, bau yak pula. Mandikan Ammar. Ammar sudah wangi.


Datang pula si puteri.


"Ibu, nak uuu."


Panjang muncungnya.


"Suruh ayah buat." Arah ibu sudah malas. Haha.


"Ayah buat tak sedap, ibu buat sedao."


"Ayah laaa, ayah buat sedao."


"Nok ibu jugok."


Mana nak di dengarnya. Selesai segelas susu panas. Datang pula teruna seorang lagi.


"Ibu minum susu ni boleh."


"Minum ler."


Aiman satu-satunya yang paling berdikari. Kalau baju ke tadika semua beres disimpan sendiri.


Habis satu pagi melayan anak-anak. Jarum jam sudah 12 tengahari. Aiseh perlu masa tengahari pula Selesai semua barulah boleh bertenang.


Ini secebis kisah saya. Kisah ibu beranak lima. Kisah kalian juga mungkin lebih harmoni. Kita rai setiap hari perjalanan kehidupan. Apabila tua kelak kita akan rindui setiap momen di atas.


Cuma sekarang saya mahu terapi dari hujung kepala hingga hujung kaki. Urutan tradisional kak lah, refleksologi, dan urut kepala. Barulah saya lebih bertanaga. Ini janji reward diri sendiri. Sebelum masuk fasa akhir untuk tahun ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin