Sunday, September 14, 2014

Hujan


Tadi masa bersembang dengan kakak ipar, kanak-kanak sekarang tak syok hanya gajet dan sekitar rumah sahaja. Kita kanak-kanak versi dulu-dulu syok, boleh main air hujan, redah belukar, mandi pantai.
Saya tidak berani mandi pandai takut kena sebat. Tapi mandi baruh tu ada hehe. Hujan begini baruh depan rumah alirannya ke sungai. Air akan naik dan itulah saat terindah budak-budak kampung. Selalunya banyak gaya ketika kanak-kanak lelaki kecil dan besar buat aksi. Aksi terjun lompat, aksi terjun, aksi menyelam sambil tertelan air pun ado.
Baruh itu kenangan itulah kolam renang, kolam rendam pelbagai aksi. Mana ada macam anak-anak kita bawa ke hotel main kolam. Kolam kanak-kanak dulu-dulu lagi best udahlah percuma, keindahan alam semula jadi pula. Aiseh nanti sambung di blog.
Kalian pun mesti ada kenangan masa kecik kan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin