Monday, June 30, 2014

Tulis hutang walau baik kecik atau besar


"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai prang yang melampaui batas." (Surah Al-maidah:87)

Sumber : Ebook Rahsia Bisnes Khadijah

Ebook ini, masih lagi harga promosi RM50, iaitu beli ebook rahsia bisnes khadijah,bonus boleh pilih mana-mana ebook saya yang lain. Jadi RM50 dapat dua ebook. Promosi ini sah sehingga 30.Julai 2014.

Untuk pembelian boleh singgah di sini ya http://rahsiabisnessitikhadijah.blogspot.com/

Surah Al-Baqarah:252
"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk masa yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendahklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (apa yang ditulis itu) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah. Tuhannya, dan janganlah doa mengurangkan sedikit pun dari hutangnya.

Jika yang berhutang itu orang yang lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu merencanakan, maka hendaklah walinya merencanakan dengan jujur dan disaksikan dengan dua orang saksi terdiri dua orang lelaki (di antara mu). Jika tidak ada dua orang lelaki, atau seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai. 

Supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatinya. Janganlaah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu baik kecil mahupun besar sampai tempoh pembayarannya.

Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan penyaksian dan lebih dekat kepada tidak menimbulkan keraguan. Tulislah muamalah kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kami (jika) kamu tidak menuliskannya.

Dan saksikanlah apabila kamu berjual beli dan janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan.
Jika kamu lakukan, maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu dan Allah mengetahui segala sesuatu."

Surah al; Baqarah:282

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin